Online Diary My blog,My story;

Monday 16 July 2012

Dunia Wartawanku

Seawal umur 15 tahun aku dah minat menulis sehinggalah ke tingkatan enam. Habis tingkatan enam aku ikuti Kursus Asas Kewartawanan bersama Utusan Melayu (M) Berhad di bawah bimbingan Allahyarham Pak Sako...aku cukup kagum dengannya. Ketika itu ditahun 1986. Menimba pengalaman yang amat bermakna dan membuatkan aku semakin berminat untuk terus menulis dan bergelar wartawan.
Aku mula sebagai stringer di Utusam Melayu (Malaysia) Berhad sejak 1986 sehingga 1989. Kemudian aku mendapat tawaran untuk bekerja sebagai wartawan di akhbar Bacaria terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. BHd. (KKSB). Amat menggembirakan aku. dan keluarga walaupun emak sedikit bimbang kerana tugasan sebagai wartawan sememangnya  memerlukan pergaulan dengan pelbagai golongan
Aku bermula sebagai WARTAWAN HIBURAN. Masa tu cemas gak kerana tak pernah berjumpa dengan artis2 tetapi alamdulillah berkat ketabahan dan kesungguhan serta sokongan rakan senior aku dapat melakukan tugasan yang diberi dengan baik.
Lama kelamaan aku berasa amat seronok dengan dunia baru ku itu dan sememangnya menjadi cita-citaku. Walaupun sebagai wartawan hiburan tetapi aku juga diberi kepercayaan untuk mengelolakan ruangan sastera (cerpen dan sajak) yang akhirnya aku juga terpanggil untuk menulis cerpen dan sajak  dan tersiar di dada akhbar.
1994 aku berhijrah ke Mingguan Wanita (MW) juga dalam KKSB dan di situ banyak yang aku pelajari dan masih lagi hiburan yang utama selain story Mahkamah Syariah dan mengelolakan kolum Seks dan Anda.
1998 aku berhijran ke Creative Workshop yang menerbitkan majalah Perempuan dan Mingguan Famili di mana aku diberi kepercayaan sebagai Editor sehingga tahun 2000.
Anugerah bernilai yang aku terima ialah apabila aku hamil pada tahun itu dan aku mengorbankan minat serta kerjaya demi anak yang telah aku tunggu sejak 9 tahun dulu. Berehat seketika dari dunia penulisan dan kewartawanan dan pada tahun 2004 aku bergiat aktif semula setelah anak-anak mula membesar.
2004 aku berhijrah ke Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagi Stringer bagi daerah Batu Pahat/Kluang sehingga kini.
Sepanjang tempoh itu pelbagai kisah suka duka aku lalui...Tetapi itu semua membuatkan aku lebih bersemangat.
2 tahun lepas aku diserang batuk-batuk yang berlarutan sehingga batuk dan muntah darah. Ini mengakibatkan aku tidak boleh bergerak aktif sehingga kini. Bagaimanapun aku berharap dan berdoa agar kesihatan aku akan kembali pulih seperti dulu untuk aku terus aktif dalam dunia wartawan dan penulisan yang amat aku minati...mudah-mudahan....AMIN!
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 5 May 2012

Hatiku terluka...

Entah mengapakah tetiba aku rasa sangat marah. Aku cuba kawal perasaan marah dengan berfikir yang baik2 tapi perasaan marah tu tetap ada. Kenapa marah? Sebenarnya aku rasa kecewa dan amat terkilan dengan suatu perkara yang berlaku. Aku tidak tega melihat anak-anakku yang sedih kerana tidak dapat menjenguk papa mereka sebelum papanya menghembuskan nafas terakhir.
Kenapa? Kerana tiada siapa yang memberitahu bahawa suamiku telah masuk ke hospital dan sedang tenat. Sehari sebelum dia meninggal barulah aku dapat tahu dan tidak berkesempatan untuk menatapnya buat kali terakhir.
Memang aku rasa terkilan dan terluka dengan keluarganya yang tidak memikirkan perasaan anak-anak aku. Bagi aku mungkin aku boleh mengatasinya kerana aku mesti kuat demi anak2ku. Tetapi kasihan pada anak2 yang merindui papa mereka.
Alasan cari rumah tak jumpa dan tak der no telefon itu tidak masuk akal langsung kerana mereka ada nombor telefon aku dan tahu rumah aku dan mak aku di mana....aku benar2 tak puas hati terluka hingga kini walau sudah lebih setahun berlalu.
Susah senang aku anak beranak tak pernah diambil peduli. Nasib baik aku punya mak dan abah yang memahami dan adik beradik yang sentiasa memberi sokongan.
Apa-apapun ku doakan agar roh suamiku ditempatkan di sisi orang-orang soleh dan dicucuri rahmat ALLAH...semoga dia aman di sana...AMIN
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 8 March 2012

Romantis kah anda?

Sesiapa yang membaca jangan salah anggap dengan apa yang saya paparkan tapi ia sebenarnya realiti sebuah kehidupan. Sejak dahulu saya perhatikan ada antara masyarakat kita pandang sinis pada warga emas yang mesra di depan khalayak...

``Eeeee...dah tua-tua ni tak payah ler nak manja-manja..buruk rupanya!''

Mesti selalu dengar kan, tak pun; ``jalan ler dulu saya ikut belakang...!''

Kalau masa bercinta dulu se cm pun tak nak berenggang, bila dah kahwin makin lama makin renggang...apa citer la kan...

Ada satu kisah tentang seorang isteri yang sarat mengandung dibiarkan sendiri oleh suami yang dah jauh berjalan di hadapan.

Si isteri tercari-cari suaminya ketika keluar dai sebuah pasar mini, di tepi pintu masuk pasar mini tu ada apek jual buah longan. Kulit berterabur di depan pintu disebabkan oleh mereka yang tak bertaanggungjawab.

Dalam hati si isteri itu berkata-kata, jangan ler jatuh, tapi telah ditakdirkan dia jatuh terduduk. Seluruh pengunjung pasaraya itu menjerit dan si apek tu cuba membantu. Malunya si isteri.

Perlahan dia bangun menuju ke arah suami yang berada di pondok telefon awam tanpa sedar isterinya telah terjatuh.

Isteri: kenapa anak tinggalkan saya bawak barang-brang ni...saya jatuh kat situ.

Suami: tu la jalan tak hati-hati...

Itu aje jawapannya...bukan nak tanya kat mana sakit ada luka ke baby macamana, sedangkan itulah baby pertama setelah 9 tahun menunggu. Sungguh tak prihatin.

Dari kisah di atas dan pengalaman saya berjumpa dengan ramai pasangan yang bermasalah, boleh dikatakan lelakilah yang selalu berbuat demikian.

Kadang2 si isteri pegang tangan pun ditepis konon malu, belum kawin tak malu...chehh...

Saya lihat pula sepasang suami isteri yang aman bahagia sampai beranak bercucu. Dari mula kahwin sampailah sekarang sentiasa loving, prihatin dengan pasangan masing-masing,tolong menolong, makan pun kekadang bersuap, ya Allah sungguh romantis.

Bila lepas mandi berwangi-wangian tunggu suami pulang, bila nak tido pun begitu wajah dan rambut di sisir rapi dan si suami sering memuji2 si isteri.

Samada masakan sedap atau tidak cantik atau tidak pujian itu menambahkan lagi keintiman setiap pasangan walaupun dah usia emas...fikir-fikirkanlah...


tamat
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Azura Emme